
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Apabila anda mempunyai komitmendan objekti yang padu,anda akan mempunyaipeluang yang lebih baik untuk mencapai matlamat hidup anda.
Jangan Putus asa jika otak tumpul dan akalkurang cerdas.Kadangkala seseorang yang tumpulotaknya tetapi tidak putus asa lebih majudaripada seorang yang cerdas tetapi pemalas.
Personaliti yang berani ialah orang yangsanggup menghadapi segala kesulitan atau bahaya,dengan tidak kehilangan akal.
Orang yang berjaya bukannya orangyang tidak pernah gagal.tetapi merekaialah yang pernah gagal dan bangkit kembali.
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi,supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain,kerana cita-cita adalah sumber kekuatanperjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin.
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian..
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.
Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.
Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment