Monday, June 13, 2011

Duit dan simpanan $$$



Simpanan dan menabung adalah satu perkara biasa yang kita selalu dengar terutama selepas dapat gaji atau dapat bonus. Tapi hakikatnye bukan sumer orang mampu mendisplinkan diri untuk menyimpan dengan alasan 'gaji kecik,x cukup untuk bayar itu ini' , 'banyak komitment', dan banyak la lagi alasan untuk xnak menabung atau menyimpan duit ni.


Last 2 weeks saya ada lah pegi satu seminar ni kat area damansara.. lepas seminar ni saya dapat kesedaran untuk lebih mendisiplinkan diri sendiri pasal menyimpan duit ni, so kat sini saya nak share la sikit ape yg saya dapat dari seminar tersebut. Saya tidak nafikan menyimpan ni bunyinye memang senang tetapi hakikatnye susah juga nak buat contohnye macam diri saya sendiri. Tapi setiap bulan ada la sikit simpan x banyak pun..sbb gaji x tetap kan (ayat orng slalu guna nak elak menyimpan) ;) ..



Biasanye masyarakat kita ada 2 jenis:-

1) Belanja dulu baru menyimpan

2) Menyimpan dulu baru belanja


So,korang rasa korang yang mana satu? :) saya tengah2 boleh??hehe..



Saya agak terkejut jugak la sbb statistik menunjukkan peratusan untuk kategori pertama adalah lebih tinggi dari yang kedua tu. Ni result setelah dibuat servey tau. Kadang2 kan, saya selalu bercakap ngan diri sendiri 'banyak nye duit orang sekarang ni, setiap masa leh shopping beli itu ini'. Ye la tiap2 petang balik keje saya naik LRT kat KlCC station, so on d way gi LRT tu tgk orang setiap hari shopping kat KLCC tu..walaupun bukan Mega Sales orang sentiasa penuh. Kaya betulkan orang sekarang.



Sikap ingin berbelanja mengikut KEHENDAK tapi bukan KEPERLUAN boleh membahayakan diri sendiri sbb kita boleh menyebabkan diri kita terjerat dengan hutang. Sebenarnya simpanan adalah penting untuk kita mencapai 'life objective' contohnya, nak beli rumah, kete baru, hidup selesa, pendidikan anak2, persaraan dan lain2 lg.. saya sendiri pun ada life objektif juga..tapi jauh lagi nak capai..(ye la simpan pun x disiplin) :(




Simpanan juga dianggap perbelanjaan yang ditangguh untuk masa hadapan. Contohnya, anything happen kita ada juga simpanan kan..ye la mana la tau tiba2 tayar kete bocor ke tgh2 bulan..nak tukar tayar baru bukan murah, contoh lain sakit gigi ke, nak gi cabut duit juga kan, kalo ada simpanan x de la kita pening mana nak cari duit. Kalo benda yang x diingini terjadi serentak, macam mana, nak harapkan orang tolong? Pikirla sendiri. Simpan x semestinye banyak, at least kita simpan. Bak kata pepatah 'sikit-sikit lama-lama jadi la bukit'. Pastu saya tertarik ngan satu ayat 'kalau hujan turun, dia akan turun dengan lebatnye'. Jadi sebelum kita lemas,kita kena la buat perahu supaya x lemas..




So lepas ni saya kena lebih disiplinkan diri sendiri untuk menyimpan dan melabur untuk kesenangan masa hadapan. Bagus juga la pegi seminar macam ni,macam2 la leh dapat ilmu. kat situ gak leh dengar mcm2 pendapat orang,lain orang lain la pendapat kan.



Ni contoh mutiara kata yang saya jumpa dan nak share ngan kawan2..


''Lebih baik tidur dengan perut lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang''-anonim


''Orang yang bijak menggunakan dan menyimpan duit adalah orang yang paling bahagia kerana dia memiliki kedua kesenangan"-Samuel Johnson.


Harap sedikit sebanyak ape yang saya share kat sini dapat memberi sedikit ilmu untuk sumer termasuklah diri saya sendiri.












No comments:

Post a Comment