Friday, June 17, 2011

Kata-kata Motivasi.. :)

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.




Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.




Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.




Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.



Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…



Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.



Apabila anda mempunyai komitmendan objekti yang padu,anda akan mempunyaipeluang yang lebih baik untuk mencapai matlamat hidup anda.



Jangan Putus asa jika otak tumpul dan akalkurang cerdas.Kadangkala seseorang yang tumpulotaknya tetapi tidak putus asa lebih majudaripada seorang yang cerdas tetapi pemalas.



Personaliti yang berani ialah orang yangsanggup menghadapi segala kesulitan atau bahaya,dengan tidak kehilangan akal.



Orang yang berjaya bukannya orangyang tidak pernah gagal.tetapi merekaialah yang pernah gagal dan bangkit kembali.



Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi,supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain,kerana cita-cita adalah sumber kekuatanperjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin.




Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…




Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian..




Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.




Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.




Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.




Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.




Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.




Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.



Thursday, June 16, 2011

Sikap Pemandu


Setiap hari jumlah kete kat jalanraya makin hari makin bertambah, terutama kat kl ni.. Kat tempat lain pun sama gak kan ;) ni sumer menyebabkan jalan jam x ingat, smpai satu tahap wat kita stress to the max la.. (start la nak jerit kuat2 mcm orang gila...*kalo bawa kete sorang la*)..

Hari ni saya nak citer sikit pasal sikap pemandu, x kisah la yg bawa kete ke, lori ke, motor ke..sumer la.. kebanyakan pemandu sekarang ni 'SANGAAAAATLAH BERHEMAH' kan... maksud saya sebaliknye la.. tapi x dinafikan bukan sumer yg mcm tu.. yang bawa kete elok2 ikut peraturan tu sumer bagus la.. yang saya sakit hati dan marah sgt kat orng yang rasa terlampau pandai bawa kete ni.. sampai nak membahayakan pemandu lain.. Bagus ke mcm tu???

Contohnye, ketika nak masuk kiri atau kanan..diaorang main masuk je tanpa bagi signal nak gi mana.. bawa laju tiba2 slow terus belok kanan atau kiri.. kan boleh membahayakan kete belakang.. susah sgt ke orang sekarang nak guna signal tu?? heran dan pelik tau saya ngan perangai orang2 macam ni.. penat je orang yg buat kete letak signal tu..tapi tatau guna..tul x? kesian betul kan ngan orang mcm ni.... kes2 mcm ni la banyak kete yang langgar bontot kete orang. kalo dah kena langgar jadi samseng pulak tu nak bergaduh ngan orang padahal in the first place salah dia yang tatau nak guna signal.

Selain dari tu, sikap pemandu yang terburu2 atau nak cepat juga boleh membahayakan pemandu lain.. Sumer orang rasanye nak cepat dan smpai ke destinasi masing2 ngan lancar x de masalah kan..tapi boleh je ikut peraturan, tapi nape yek sesetengah orang tu bawa kete sesuka hati mak bapak dia je.. smpai tahap mencucuk kete belakang suruh ketepi bagi laluan kat dia.. kalo nak laju guna je la lane laju..so ko nak halau orang gi lane tengah x pe la.. ni duk lane tengah nak bawa mcm nak gi racing.. memang biadap.

Ada juga pemandu yang bersikap panas baran. Contohnya, kalo kita memotong kete dihadapan kita, pemandu tersebut tatau la rasa tercabar ke ape, lebih2 lagi kalo tengok pompuan yang drive..dalam masa yang sama dia akan pecut sekuat hati memotong kete tadi dan memastikan kete dia sentiasa dihadapan. Sikap yang tidak berapa nak sihat ni sgt la bahaya.. ye la kalo hari hujan jalan licin ko bawa laju2 memang boleh jerumus kepada kemalangan la.. kalo dia sorang yg accident x pe ni yang x bersalah pun kena.. lebih teruk lagi kalo melibatkan nyawa.. sedih kan.. :(

Emmm..ada juga pemandu yang bersikap selfish atau buat bodoh je kalo dah langgar kete orang dan yang paling teruk skali buat mcm x de ape2 jadi. Ni penah terjadi kat saya. beberapa bulan yang lepas saya drive n park kete kat Kelana Jaya LRT Station.. saya sampai sana dlm kul 6.15am.. selepas park elok2 saya lelapkan mata kejap sebelum amik tren gi klcc kul 7.20am.
Tengah2 tdo DAMMMM!!!!! bunyi kuat kat sebelah kiri hadapan kete saya. saya terus bangun tengok kete Myvi x reti nak masuk parking langgar kete saya!!! saya terkejut + marah saya hon la.. then dia pun terkejut kot tgk ada org dalam kete, ingtkan x de orang. pastu ngan rasa x bersalah terus lari park kat tempat lain. Sakitnye hati saya Tuhan je yg tau. Korang rasa ape saya buat lepas tu???

Saya terus jalan kaki pg jumpa orng yang langgar kete tadi.. Time tu saya dah control marah saya,ckp elok2 ngan dia tanya nape langgar kete saya?? korang nak tau dia jawab ape??
'i langgar kete u? kete mana, i x de langgar kete orang maa...' time ni memang bengang to the max la..sbb dah buat tapi x ngaku. tanya punye tanya last2 jawab..' sorry la..i x perasan tadi kete u ada kat parking tu..lagipun parking kecik sangat..susah nak masuk betul2 dalam kotak'.. i tanya lagi pesal lari? dia ckp ingat kan x de orang..i xnak la parking sana. Pastu saya sounds la, ''nasib baik kete i ok, kalo kemek ke ape saya akan wat report..saya ingat no.plat u".. muka seposen je..orang tu.. Sebelum saya balik ke kete saya, saya sempat suruh dia pegi amik lesen balik & belajar cara nak parking. Pastu kalo dah wat salah jgn cuba nak lari dan wat mcm x de ape2.. lantak lah dalam hati dia nak maki ke nak ape, yg penting saya cakap je ape yg saya nak ckp time tu..dia dengar je ngan memek muka nak suruh orang kesian..eeee..x boleh blah btl kan..

Saya tidak la cakap saya ni perfect bawa kete..tapi saya juz x puas hati ngan sikap orang2 mcm tu.. ape salahnye turun jenguk ape yg dia langgar tu, calar ke x kete orang.. ni main blah mcm tuuuu je. nasib baik la kete saya x kemek..juz calar halus je la.. ikutkan hati saya nak je tempik orang tu..tapi x elok la kan.. ye la..kang orng ingat kita samseng lak.. so buat2 je la cool tapi dalam hati nak je amik kepala dia hentap2 kat kete dia tu...

Kalo nak ikutkan banyak lagi nak citer, pasal pemandu bas yg suka suki dia je stop amik dan turunkan penumpang, pemandu teksi yang x bepe nak sopan n ada yang perangai mcm gengster bawa teksi, lori dan bas bawa laju kat lane salah (ni kat hiway la)..dan mcm2 lagi.. ala..korang sendiri pun nampak kan benda2 mcm ni jadi.. malas nak taip lebih2.. ;)

Sebenarnye mcm2 gelagat pemandu kat negara kita ni.. yang bagus dan berdisplin pun ramai gak..bagus la kalo kita tergolong dalam golongan yang bagus.. tapi kalo kita x berape nak bagus cuba la belajar ke arah tu.. kita bukan saja leh selamatkan nyawa kita, sekaligus nyawa orang lain.. kete kita pun x rosak dan yang penting duit kita pun selamat..tul x???hehehe..
Biar kita lambat sampai ke destinasi kita asalkan kita selamat.. saya x de la suruh korang bawa kete slow mcm kura2..tapi ikut peraturan yg btl la..saya pun sama..;)..

Monday, June 13, 2011

Duit dan simpanan $$$



Simpanan dan menabung adalah satu perkara biasa yang kita selalu dengar terutama selepas dapat gaji atau dapat bonus. Tapi hakikatnye bukan sumer orang mampu mendisplinkan diri untuk menyimpan dengan alasan 'gaji kecik,x cukup untuk bayar itu ini' , 'banyak komitment', dan banyak la lagi alasan untuk xnak menabung atau menyimpan duit ni.


Last 2 weeks saya ada lah pegi satu seminar ni kat area damansara.. lepas seminar ni saya dapat kesedaran untuk lebih mendisiplinkan diri sendiri pasal menyimpan duit ni, so kat sini saya nak share la sikit ape yg saya dapat dari seminar tersebut. Saya tidak nafikan menyimpan ni bunyinye memang senang tetapi hakikatnye susah juga nak buat contohnye macam diri saya sendiri. Tapi setiap bulan ada la sikit simpan x banyak pun..sbb gaji x tetap kan (ayat orng slalu guna nak elak menyimpan) ;) ..



Biasanye masyarakat kita ada 2 jenis:-

1) Belanja dulu baru menyimpan

2) Menyimpan dulu baru belanja


So,korang rasa korang yang mana satu? :) saya tengah2 boleh??hehe..



Saya agak terkejut jugak la sbb statistik menunjukkan peratusan untuk kategori pertama adalah lebih tinggi dari yang kedua tu. Ni result setelah dibuat servey tau. Kadang2 kan, saya selalu bercakap ngan diri sendiri 'banyak nye duit orang sekarang ni, setiap masa leh shopping beli itu ini'. Ye la tiap2 petang balik keje saya naik LRT kat KlCC station, so on d way gi LRT tu tgk orang setiap hari shopping kat KLCC tu..walaupun bukan Mega Sales orang sentiasa penuh. Kaya betulkan orang sekarang.



Sikap ingin berbelanja mengikut KEHENDAK tapi bukan KEPERLUAN boleh membahayakan diri sendiri sbb kita boleh menyebabkan diri kita terjerat dengan hutang. Sebenarnya simpanan adalah penting untuk kita mencapai 'life objective' contohnya, nak beli rumah, kete baru, hidup selesa, pendidikan anak2, persaraan dan lain2 lg.. saya sendiri pun ada life objektif juga..tapi jauh lagi nak capai..(ye la simpan pun x disiplin) :(




Simpanan juga dianggap perbelanjaan yang ditangguh untuk masa hadapan. Contohnya, anything happen kita ada juga simpanan kan..ye la mana la tau tiba2 tayar kete bocor ke tgh2 bulan..nak tukar tayar baru bukan murah, contoh lain sakit gigi ke, nak gi cabut duit juga kan, kalo ada simpanan x de la kita pening mana nak cari duit. Kalo benda yang x diingini terjadi serentak, macam mana, nak harapkan orang tolong? Pikirla sendiri. Simpan x semestinye banyak, at least kita simpan. Bak kata pepatah 'sikit-sikit lama-lama jadi la bukit'. Pastu saya tertarik ngan satu ayat 'kalau hujan turun, dia akan turun dengan lebatnye'. Jadi sebelum kita lemas,kita kena la buat perahu supaya x lemas..




So lepas ni saya kena lebih disiplinkan diri sendiri untuk menyimpan dan melabur untuk kesenangan masa hadapan. Bagus juga la pegi seminar macam ni,macam2 la leh dapat ilmu. kat situ gak leh dengar mcm2 pendapat orang,lain orang lain la pendapat kan.



Ni contoh mutiara kata yang saya jumpa dan nak share ngan kawan2..


''Lebih baik tidur dengan perut lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang''-anonim


''Orang yang bijak menggunakan dan menyimpan duit adalah orang yang paling bahagia kerana dia memiliki kedua kesenangan"-Samuel Johnson.


Harap sedikit sebanyak ape yang saya share kat sini dapat memberi sedikit ilmu untuk sumer termasuklah diri saya sendiri.












Hye.. ('',)

Hye.. i'm Nuraini, but most people call me AiNi. Actually saya sesgt la baru dlm dunia blogging ni.. saje je create blog ni sbb nampak mcm besh je..ye la leh share itu ini ngan kenkawan selain tu dapat gak la sedikit sebanyak ilmu dari baca blog2 orang lain kan.. bagus la tuk isi masa lapang atau ngah bosan kat umah atau ofis (break time la.. :) ye ke??hehe...


Saya ni jenis simple person je.. nothing special pun. Suka berkawan and easy going ngan orang la. Muka saya mungkin nampak serius ckit (ni kawan2 rapat cakap la) tapi kalo dah kenal x serius pun. Tapi kalo tension memang serius betul sampai orng nak tegur pun takut..hehehe.. ;>
Saya suka sgt ngan kanak2, x kisah la yang gemuk ke,kurus,comel ke x sumer saya suka..sbb diaorng ni wat hati saya tenang n happy je bile tgk telatah diaorng tu terutama izzat (adik bongsu) dan ain.

Skrng ni keje kat bank..keje biasa2 je.. suka masak2 tu pun kalo rajin la. Setiap hari x leh la masak sbb balik keje pun dah mlm.. Nasib baik mama ada slalu masak untuk kami sekelurga.. thanks mama..:) Bila cuti pulak suka gi jalan kat shopping complex (window shooping je ;) xmampu nak shopping selalu), tgk wayang kalo ada citer besh je dan jalan2 cari makan (ngan parents ; > )


Tu je la serba sedikit pasal diri saya..